nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dewan Rakyat kecoh perang mulut berkait Titah Adendum

24 OKT : Kekecohan tercetus di Dewan Rakyat tengah hari tadi apabila berlaku perang mulut antara ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selepas Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) membangkitkan soal kewujudan Titah Adendum.

Ahli Parlimen kerajaan mendakwa Takiyuddin melanggar peraturan dewan apabila mempertikai kelakuan atau titah Yang di-Pertuan Agong.

Takiyuddin ketika membahas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 membangkitkan soal kewujudan titah tersebut oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudiannya membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (8) bahawa seorang Ahli Parlimen tidak dibenarkan menyebut apa-apa kelakuan atau tindakan Yang di-Pertuan Agong.

“Kota Bharu berulang kali merujuk kepada kelakuan Yang di-Pertuan Agong. Tolong tarik balik,” gesa beliau.

Namun Takiyuddin menafikannya sambil menegaskan beliau mempersoalkan orang yang membuat afidavit tersebut.

“Saya ingin tahu adakah perkara ini wujud. Tak mungkin perdana menteri dan menteri yang ada dalam Dewan ini tidak tahu wujud atau tidak adendum ini. Rakyat mahu tahu,” katanya di Dewan Rakyat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau kemudiannya memutuskan Takiyuddin tidak dibenarkan menyebut mana-mana kelakuan atau keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Meski dibantah wakil Perikatan Nasional, namun Alice tetap dengan keputusan tersebut dan meminta penjelasan diperoleh daripada menteri pada sesi penggulungan nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengikrarkan satu afidavit pada 9 April lalu mendakwa beliau dimaklumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai kewujudan Titah Adendum Agong ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO itu di Country Heights, 30 Januari lalu.

Pada 1 April lalu, Najib, 70 memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titah Adendum itu bagi membolehkan bekas presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.