nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM Anwar selar pihak cuba tanam kebencian antara kaum

1 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak boleh bertolak ansur sama sekali dengan sesiapa yang menanam kebencian antara kaum di negara ini.

Menyifatkannya sebagai bibit-bibit rasisme yang wujud di negara ini, Anwar memberikan contoh bahawa kelompok ini cuba mempermainkan ciri fizikal sesuatu kaum seperti tidak mahu menjalin kerjasama dengan mereka yang bermata sepet atau berkulit hitam.

“Apakah Islam mengizinkan penghinaan kerana warna kulit? Bukankah Bilal bin Rabah dengan bibir tebal dan warna kulit hitam tapi didakap oleh keluarga Rasulullah SAW sebagai anggota keluarga?,” katanya pada program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur, hari ini, lapor Bernama.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.

Beliau berkata ketika ini terdapat pihak yang menuduh beliau sebagai pro-Cina kerana mempunyai hubungan baik dengan DAP, sedangkan ia langsung tidak mempunyai kaitan. 

“Kita ini ada kemanusiaan. Apa hebatnya Melayu ini? Melayu ini paling tinggi budaya, paling halus dan sopan santunnya, Melayu ini asalkan jangan kamu hilangkan martabat, prinsip, agama, budaya…itu identiti kita, kita rangkul semua yang lain,” katanya.

Mengambil contoh perkembangan di Gaza, Palestin Anwar berkata serangan terhadap negara itu bermula kerana sentimen kaum serta kebencian terhadap Islam dan Arab yang keterlaluan.

Beliau berkata sentimen tersebut telah menyebabkan Israel menyerang Gaza sejak 68 tahun lepas, dengan merampas tanah dan rumah serta pembunuhan beramai-ramai atau genosid.

“Orang Amerika Syarikat yang bicara mempertahankan Israel apakah mereka tidak ada ilmu? Mereka ada ilmu. Apakah tidak cukup informasi? Cukup informasi. Masalah itu di mana? Masalah kemanusiaannya, masalah manusiawi dan nilai.

“Kita negara kecil, bukan bermaksud kita perang dengan sesiapa tetapi kita juga manusia. Kita ada nilai kemanusiaan. Orang yang dibunuh harian, rumah dibom, masjid dan gereja dimusnahkan harian. Paling tidak kita bersuara…kita benci terhadap kezaliman bukan kebencian terhadap orang, kaum atau agamanya,” katanya.

Anwar turut berkesempatan menghadiri kenduri rakyat di pekarangan Masjid UPNM dan seterusnya menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim dan Kementerian Pendidikan Tinggi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.