nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mungkin 3 penjuru di Johor, Amanah mahu tanding 20 kerusi

4 NOV : Amanah tidak menolak kemungkinan berlakunya pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Johor pada pilihan raya akan datang.

Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata sehingga kini negeri itu masih belum membentuk Kerajaan Perpaduan seperti di negeri lain.

“…kami juga tidak menolak kemungkinan akan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara PH, BN dan Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri atau pilihan raya umum yang akan berlaku di Johor nanti.

“Ini juga sebagai langkah bahawa kami di peringkat kepimpinan Amanah Johor tidak bersetuju dengan kepimpinan BN Johor yang langsung tidak ada kemahuan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri ini walaupun selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, Dzulkefly yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Johor itu berkata partinya itu menyasarkan untuk bertanding sehingga 20 kerusi di negeri itu.

“Kami telah menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 12 ke 20 kerusi dari 56 kerusi DUN yang berada di negeri ini sama ada kita bersama dengan BN atau bersama dengan gabungan asal, PH.

“Kami telah pun mengenal pasti antara DUN sasaran kami yang akan menjadi pilihan kami dalam mencapai objektif kami selain mengekalkan 1 kerusi yang sedia ada iaitu Dun Simpang Jeram,” katanya.

Beliau sempat menegaskan bahawa keputusan itu diambil susulan tiada rundingan berkait pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu.

“Kami tegaskan sekali lagi bahawa keputusan dari Amanah Johor ini adalah disebabkan tiada rundingan langsung berkenaan Kerajaan Perpaduan dari pihak BN hingga tarikh kenyataan media ini dikeluarkan.

Kerajaan Perpaduan antara PH-BN diwujudkan di peringkat Persekutuan serta di negeri melibatkan Pahang, Perak dan Selangor.

Pada PRN Johor 2022, UMNO-BN menang 40 daripada 56 kerusi sementara PH diwakili DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.

PN pula menang tiga kerusi dengan Bersatu dua manakala PAS satu kerusi sementara (Muda) juga menang satu kerusi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.