6 NOV : Bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan disalur secara berperingkat kepada 8.7 juta penerima mulai esok.
Kementerian Kewangan (MOF) berkata pembayaran terakhir bagi kategori-kategori berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion.
MOF berkata kerajaan juga akan menyalurkan bantuan tunai tambahan secara ‘one off’ Sumbanagan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima STR yang bukan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar bermula 9 Disember ini.
Sementara itu kata MOF, baki 700,000 penerima STR miskin dan miskin tegar akan terus menerima SARA sepanjang tahun.
“Dengan penambahan bantuan tunai itu, isi rumah berkelayakan akan menerima sehingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini dan ia selaras dengan keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengumumkan kerajaan akan menambah baik STR dan SARA bagi tahun depan dengan peruntukan RM13 bilion.
Dalam pada itu, MOF menasihati penerima STR agar sentiasa waspada dengan pautan tidak sahih yang menjurus kepada penipuan.