8 NOV : Apple dilapor bakal membuat pelaburan AS$10 juta (RM44 juta) ke Indonesia susulan tindakan republik itu melarang penjualan siri iPhone 16.
Larangan penjualan itu diumum bulan lalu selepas syarikat yang berpangkalan di California itu tidak memenuhi janji untuk melabur 1.71 trilion rupiah (RM 489 juta).
Setakat ini, pelaburan Apple ke negara jiran itu sebanyak 1.48 trilion Rupiah (~RM 414 juta) sahaja.
Difahamkan nilai pelaburan itu melibatkan kilang pembuatan aksesori dan alat ganti untuk peranti Apple di Bandung.
Merujuk Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN) Indonesia, syarikat asing wajib memenuhi keperluan 40 peratus kandungan tempatan untuk beroperasi di dalam republik itu..
Telefon Siri Google Pixel 9 turut dilarang penjualan di Indonesia susulan gagal memenuhi keperluan TKDN.