Keahlian Israel dalam PBB mungkin dibeku tidak lama lagi
12 NOV : Keahlian rejim Israel dalam badan dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mungkin dibeku tidak lama lagi.
Perkara itu disampaikan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit semalam pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak Arab dan Islam mengenai situasi di Gaza dan Lubnan anjuran pemimpin Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Menteri Luar Arab Saudi.
Pada sidang media sama, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud apa yang dapat dilihat ketika ini adalah adanya konsensus besar dalam kalangan komuniti antarabangsa.
“Ini termasuk majoriti negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan sejumlah besar negara terbesar di dunia yang berdiri teguh menyokong penyelesaian dua negara,” katanya, lapor Awani.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam lantang menuntut kerjasama masyarakat antarabangsa untuk sepakat menggantung atau menyingkir rejim itu daripada keahlian PBB.
Anwar ketika menyampaikan Kenyataan Negara itu berkata tindakan Israel melampaui batas kewarasan dan kemanusiaan dengan melakukan genosid terhadap rakyat Palestin.
Katanya, keganasan rejim Zionis berterusan terhadap sebuah bangsa secara keseluruhan memaksa komuniti antarabangsa tiada pilihan selain menuntut tindakan pantas dan berkesan termasuk embargo, penggantungan dan bahkan pengusiran dari PBB.