nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bersatu saman Speaker Dewan Rakyat, 5 bekas MP

18 NOV : Bersatu memfailkan saman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan lima ahli Parlimennya yang beralih sokongan.

Saman pemula itu bagi menuntut perisytiharan keputusan Johari yang tidak mengosongkan kerusi lima ahli Parlimen yang dipecat Bersatu sebagai tidak berperlembagaan.

Plaintif, Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Whip parti, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengemukakan saman itu pada 15 November lalu melalui firma guaman, Tetuan Chetan Jethwani & Company.

Selain Johari, lima defendan lagi ialah Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu memohon perisytiharan antaranya Johari bertindak menyalahi peruntukan nyata Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan apabila secara salah membuat keputusan tidak berlakunya kekosongan luar jangka bagi lima kerusi Parlimen terbabit.

Mereka juga memohon perisytiharan mahkamah berhak memperbetul mana-mana tafsiran salah oleh mana-mana pihak termasuk tafsiran salah Johari atau mana-mana Speaker Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

Bersatu juga memohon, perisytiharan Johari perlu mematuhi peruntukan 49A(3) dengan memastikan berlaku kekosongan luar jangka bagi kelima-lima kerusi defendan dan perlu memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari dari perintah mahkamah.

Turut dipohon perisytiharan di bawah Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan, peranan dan tanggungjawab defendan pertama adalah untuk ‘memastikan’ lima defendan itu tidak lagi menjadi ahli parti Bersatu dan dengan itu berlaku kekosongan luar jangka.

“Melalui surat bertarikh 9 Julai lalu, defendan pertama membuat keputusan yang tidak sah dan melangkaui bidang kuasa beliau apabila beliau memutuskan tidak berlakunya kekosongan kerusi Dewan Rakyat bagi kelima-lima defendan itu, yang menyalahi Perkara 49A(1)(a)(ii) dan Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Alasan yang diberikan adalah peruntukan Perlembagaan Bersatu dan Arahan Khusus MPT Bersatu bertentangan dan menafikan hak keistimewaan, kebebasan bercakap dan hak mengundi.

“Hakikatnya, ia hanya alasan semata-mata kerana defendan pertama tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan keperlembagaan Bersatu dan Arahan Khusus MPT yang sebenarnya kuasa hanya pada mahkamah,” kata plaintif.

Bersatu juga memohon perisytiharan, di bawah Fasal 10.6 Perlembagaan Bersatu, notis bahawa keahlian seseorang ahli terhenti seperti diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tidak boleh dipertikaikan oleh defendan pertama.

Antara alasan dikemukan Besatu adalah bermula 12 Oktober tahun lalu defendan kedua hingga keenam sudah pun mengalih sokongan daripada parti yang jelas melanggar ketetapan untuk tidak menyokong atau menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, parti sudah pun mengarahkan defendan kedua dan keenam menarik balik sokongan kepada perdana menteri namun mereka gagal mematuhi arahan malah pada 17 Mei lalu, MPT Bersatu mengeluarkan arahan khusus agar defendan menarik balik sokongan tetapi ia juga tidak dipatuhi yang menyebabkan keahlian mereka terhenti.

Sebelum ini, lima ahli Parlimen tersebut mengisytihar sokongan kepada pentadbiran Kerajaan Perpaduan secara berasingan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.