nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakaman wawancara CNN tular diambil luar konteks

21 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakaman video wawancara beliau bersama media antarabangsa CNN yang tular baru-baru ini diambil di luar konteks.

Bercakap di Dewan Rakyat, Anwar yang baru pulang dari lawatan kerja 11 hari di empat buah negara semalam berkata pendirian Malaysia terhadap Israel tidak pernah berubah sejak dulu.

Kata Anwar, Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel dan berulang kali menyuarakan pendirian Malaysia sekeras-kerasnya di pentas antarabangsa.

“Dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi, Malaysia tidak (pernah) iktiraf Israel sampai sekarang. Jadi dibezakan antara pengiktirafan ‘de facto’ yang saya sebut…iya, kalau iktiraf dia ‘de facto’ mana-mana negara yang diiktiraf ‘de facto’ tidak boleh diserang.

“Jadi sebab itu mana-mana negara kalau ‘de facto’ dia boleh pertahankan negara dia…lepas itu kalau dengar saya dalam konteks, saya serang Israel habis-habisan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr. Mohammed Taufi Johari (PH-Sungai Petani) mengenai salah tanggapan dalam kalangan masyarakat dan pihak pembangkang berhubung video pendek wawancara Anwar bersama hos CNN, Richard Quest, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, sepanjang berada di pentas antarabangsa, suara Malaysia paling keras menyuarakan bantahan terhadap kezaliman Israel.

“Tak tahu apa lagi cara saya boleh buat, di Riyadh, Lima dan Rio de Janeiro, suara Malaysia itu paling keras. Jadi sebab itu, saya tidak faham mengapa perkara ini dipolitikkan padahal, kalau tahu…rakan-rakan saya di depan (pembangkang), kerajaan dulu pesawat Israel pun boleh masuk.

“Kalau tak setuju satu dua perkara, tak mengapalah…Saya tak mahu berbalah mengenai perkara itu. Tetapi tidak benar untuk dikaitkan dan menghina dalam keadaan kita berperang dalam isu ini. Ini bukan isu politik…Ini isu yang lahir daripada keyakinan kita dan perjuangan selama berpuluh-puluh tahun,” katanya.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.