Malaysia berpeluang perluas keyakinan pelabur untuk terus pilih ASEAN
28 NOV : Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantarannya di Facebook pada Khamis, beliau berkata Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah negara dagang dan ekonomi yang berkembang pesat di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.
Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantarannya di Facebook pada Khamis, beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah negara dagang dan ekonomi yang berkembang pesat di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia, lapor Bernama.