nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Presiden Korea tarik balik pengisytiharan darurat

4 DIS : Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengumumkan penarikan balik undang-undang darurat pada awal pagi Rabu selepas Dewan Kebangsaan meluluskan usul mendesak ia ditamatkan, lapor agensi berita Yonhap.

Di bawah Perlembagaan, undang-undang tentera mesti dibatalkan apabila majoriti ahli parlimen menuntutnya.

Daripada 300 ahli Parlimen, 190 hadir dalam sesi itu dan kesemuanya menyokong usul untuk menamatkan undang-undang tentera.

Kabinet meluluskan usul penamatan undang-undang darurat itu pada jam 4.30 pagi, kira-kira enam jam selepas Suk-yeol mengisytiharkannya, sambil menuduh pembangkang ‘melumpuhkan’ kerajaan dengan ‘aktiviti anti-negara’.

Keputusan itu mencetuskan kebimbangan dalam dan luar negara, menurut laporan agensi berita tersebut.

Ketua Turus Bersama Tentera Korea Selatan mengesahkan bahawa pasukan tentera yang dikerahkan untuk melaksanakan undang-undang darurat telah kembali ke pangkalan masing-masing, sekali gus memulihkan keadaan seperti biasa.

“Pada jam 11 malam tadi, saya mengisytiharkan undang-undang darurat kecemasan dengan tekad yang teguh untuk menyelamatkan negara daripada ancaman pasukan anti-negara yang cuba melumpuhkan fungsi penting negara dan memusnahkan perintah perlembagaan demokrasi bebas.

“Namun, kerana Dewan Kebangsaan telah mendesak supaya ia ditarik balik, saya mengarahkan pengunduran pasukan yang dikerahkan bagi melaksanakan urusan undang-undang darurat,” kata Suk-yeol, lapor Bernama-Yonhap.

Beliau turut menggesa Dewan Kebangsaan menghentikan apa yang disifatkannya sebagai aktiviti ‘melampau’ yang melumpuhkan fungsi kerajaan, termasuk cubaan memecat pegawai-pegawai tertentu.

Selepas pengumuman itu, ahli Parlimen pembangkang mengkritik tindakan Suk-yeol, dengan sebahagian daripada mereka mengancam untuk memulakan proses pendakwaan terhadap beliau.

Pengisytiharan tersebut turut menarik perhatian antarabangsa, dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) menyuarakan ‘kebimbangan serius’ dan menggesa pertikaian politik di Korea Selatan diselesaikan secara ‘aman’.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.