nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN mahu tampil dengan dasar progresif

7 DIS : Barisan Nasional (BN) mahu tampil dengan dasar-dasar progresif yang membina masa depan negara meliputi isu-isu seperti perubahan cuaca, teknologi hijau, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

“Rakyat mahu melihat kita tampil dengan dasar-dasar progresif yang membina masa depan negara, bukan hanya bergantung kepada kejayaan masa lalu,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 BN di Pusat Dagangan Dunia di ibu negara, hari ini.

Ahmad Zahid berkata dalam mengadaptasi perubahan, BN tidak boleh lagi berada di dalam ‘defensive mode’ dan anjakan mesti dilakukan dengan memanfaatkan teknologi, data dan media sosial yang semakin mendominasi pola pemikiran politik rakyat.

“Malah, gerak kerja kita hari ini mesti diperkuatkan dengan data analitik dan strategi digital yang ampuh,” katanya, lapor Bernama.

Selain melaksanakan elemen Adaptasi Terhadap Perubahan, beliau berkata BN juga boleh melaksanakan elemen lain iaitu ‘Lepaskan Ego Kepartian’, Meluaskan Keterangkuman (Inclusivity), Norma-norma Politik Baharu, dan Mengurus Keutamaan.

Mengenai elemen ‘Meluaskan Keterangkuman’, beliau berkata BN tidak boleh eksklusif kepada kelompok tertentu sahaja malah perlu meluaskan jaringan dan menarik sokongan di luar kerangka kebiasaan.

“Kita tidak boleh terlalu selesa bergantung kepada sokongan kumpulan tradisional dan pengundi tegar – yang tidak lagi mencukupi untuk memastikan kemenangan kita.

“Jika golongan muda cenderung kepada e-sukan, kita mesti masuk ke dalam ‘circle’ mereka. Bagi yang kurang berminat dengan laluan kerjaya konvensional, kita perlu memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan kelompok ini yang besar jumlahnya,” katanya.

Katanya, landskap politik di Malaysia telah berubah dan rakyat kini lebih tertarik kepada politik yang berasaskan keperluan (needs-based) berbanding berasaskan kaum (race-based).

Oleh itu, BN perlu meneroka norma baharu dalam politik – beralih kepada isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti kos sara hidup, pendidikan dan kesihatan.

Sebagai contoh usaha BN yang sudah terbukti mendapat perhatian rakyat pada penggal pentadbiranini adalah memperkukuh pendidikan melalui inisiatif TVET; membuka lebih banyak peluang untuk usahawan; mengangkat martabat para huffaz; serta menyantuni pekerja gig yang memerlukan perlindungan sosial.

“Inilah yang rakyat mahukan, mereka mahu solusi konkrit untuk cabaran kehidupan harian dan mereka mahu lebih banyak usaha seperti ini,” kata Ahmad Zahid.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.