nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Persiapan dikekalkan hadapi gelombang kedua banjir

7 DIS : Segala persiapan keanggotaan dan aset bagi menghadapi gelombang kedua banjir adalah sama seperti gelombang pertama, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, strategi yang sama juga dilaksanakan iaitu memberi keutamaan pada menyelamatkan nyawa dan harta benda.

“Seluruh persiapan kita menghadapi gelombang kedua dan tahap siap siaga itu dikekalkan dan kita berharap prestasi yang serupa digerakkan.

“Pemindahan mangsa-mangsa di PPS (pusat pemindahan sementara) adalah keutamaan kita dan dalam tempoh itu kerajaan juga merekodkan infrastruktur yang rosak akibat banjir,” katanya kepada media selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, semalam.

Diminta mengulas mengenai operasi pembersihan infrastruktur yang terjejas banjir, Saifuddin berkata, perkara itu akan dilakukan secara berperingkat.

“Tadi dalam mesyuarat jemaaah menteri yang dipengerusikan TPM (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah memberikan pembentangan mengenai strategi pasca banjir dan diberikan langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah skuad sukarelawan MADANI di bawah seliaan KSN (Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar).

“Di pihak kementerian saya mengerahkan untuk menggunakan seluruh aset pasukan polis bagi menumpukan gerak kerja pembersihan,” katanya, lapor Bernama.

Pada Isnin lalu, MetMalaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung dan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan terbabit dalam tempoh berkenaan.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai larangan rentas sempadan yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok yang berkuat kuasa 1 Disember lalu, beliau berkata kerajaan meneruskan perkara berkenaan.

Beliau menegaskantiada bantahan diterima daripada mana-mana pihak berhubung larangan itu.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen yang tidak lagi membolehkan rakyat Malaysia melalui pangkalan haram.

Diminta mengulas mengenai beberapa suspek warga Malaysia terbabit dalam sindiket penipuan pelaburan susulan tangkapan dua rakyat negara ini di Thailand, beliau berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes itu.

Pada Rabu lalu, polis Thailand membongkar operasi jenayah siber besar membabitkan aktiviti haram bernilai 3.6 bilion baht (RM467 juta), yang dijalankan menerusi syarikat yang hanya wujud di atas kertas atau ‘shell company’ dan akaun penama.

Kol Pol Theeraphas Yungyuen dari Biro Siasatan Pusat Thailand dilaporkan berkata semasa operasi di seluruh negara jiran itu pada November, lapan suspek dari Malaysia dikenal pasti terbabit dalam mendaftarkan syarikat tanpa aktiviti itu untuk memudahkan pengubahan wang haram dan menguruskan hasil daripada jenayah berkaitan teknologi.

Daripada lapan suspek Malaysia, dua ditahan manakala waran tangkap dikeluarkan terhadap enam lagi individu yang dipercayai berada di luar negara, kemungkinan di Malaysia atau Kemboja.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.