9 DIS : Seramai 50 ketua isi rumah (KIR) yang terkesan banjir di Tangkak menerima bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri, M Shanmugam menyampaikan sumbangan itu di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Penghulu Long.
Menurut Shanmugam bantuan dihulur Perdana Menteri itu bago meringankan beban ditanggung mangsa banjir yang terkesan akibat bencana tersebut.
“Kita bantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama atau bangsa selaras dengan konsep Malaysia MADANI.
“Kita akan teruskan usaha begini di semua tempat terkesan banjir dengan kerjasama daripada agensi kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya.
Bantuan yang disampaikan kepada mangsa berupa kit makanan dan selimut.