nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dapat pengampunan, Doktor Falsafah dari Penjara Kajang bebas

11 DIS : Seorang prospek yang berjaya menggengam segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pentadbiran Perniagaan dibebaskan dari Penjara Kajang hari ini selepas mendapat pengampunan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemuda itu menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang sejak berusia 14 tahun dan merupakan prospek pertama di penjara itu yang menamatkan pengajian di peringkat tertinggi berkenaan.

Perkongsian kisah itu dimuat naik akaun Facebook Penjara Kajang, hari ini dengan berkongsi beberapa keping gambar Murad bersama pegawai termasuk di hadapan pintu masuk penjara sebelum dibebaskan.

“Murad dibebaskan setelah diberi pengampunan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Hari Keputeraan baginda, hari ini. Murad yang menjalani hukuman dari tahun 2001 semasa berusia 14 tahun sebagai TLS di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

“Untuk makluman, Murad merupakan prospek pertama Jabatan Penjara Malaysia yang bergelar Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan setelah menyambung pelajaran semasa menjalani hukuman pemenjaraan.

“Semasa proses pembebasan Murad tadi, suasana gembira dan hiba jelas terpancar di wajahnya setelah dibacakan waran pembebasan Pengarah Penjara Kajang,  Timbalan Komisioner Penjara Preshahdin Monshee,” kata jabatan itu.

Difahamkan Preshahdin sempat menasihatkan Murad agar sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi serta menggunakan ilmu yang ada dalam memajukan diri kelak selain menyatakan kesediaan pihaknya membantu pemuda itu jika memerlukan bantuan.

Menurut perkongsian itu juga, Murad menzahirkan kesyukuran dan terima kasih kepada Sultan Selangor atas pengampunannya.

“…tidak dilupakan terutamanya Jabatan Penjara Malaysia kerana memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk menyambung pengajian sehinggalah bergelar Doktor Falsafah.

“Segala jasa baik dari pihak jabatan akan sentiasa dikenang dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya agar dikembalikan dengan lebih sempurna,” kongsi jabatan itu.

*Foto: Facebook Penjara Kajang

Get real time updates directly on you device, subscribe now.