nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BNM umum langkah atasi kenaikan insurans minggu depan

13 DIS : Perincian langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans perubatan dijangka diumumkan minggu depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pembabitan semua pihak berkaitan amat penting dalam mencari penyelesaian secara tuntas.

“Ini temasuk tanggungjawab Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan (MOF), BNM serta kerjasama pihak berkepentingan seperti penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO), hospital swasta, pakar perubatan, farmaseutikal dan persatuan pengguna.

“Sepertimana yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) Selasa lalu, beberapa langkah interim dan segera sedang diperhalusi oleh BNM,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Negara pada Khamis.

Menurut Amir Hamzah, kerajaan meneliti langkah yang boleh diambil termasuk memastikan kenaikan premium insurans itu dilaksanakan secara teratur serta berperingkat.

“BNM juga akan terus meneliti langkah yang boleh menambah baik reka bentuk produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) dengan kadar premium lebih mampan dan boleh menggalakkan penggunaan secara berhemat.

“BNM juga menghendaki ITO untuk memperluas pilihan kepada pengguna yang terjejas termasuk pelan pembayaran premium lebih fleksibel dan pelan perlindungan berbeza pada kadar premium lebih mampan,” katanya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata, KKM turut berusaha menangani punca utama inflasi kos perubatan berlaku di negara ini.

“Bagi memastikan kemampanan sektor kesihatan negara ke arah penjagaan kesihatan berasaskan nilai, semua pihak dalam ekosistem kesihatan termasuk hospital swasta dan farmaseutikal berganding bahu menangani punca utama inflasi kos perubatan.

“MOF, KKM dan BNM sentiasa peka dan akan membuat libat urus berterusan dengan pihak berkaitan termasuk sesi libat urus dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan yang berlangsung baru-baru ini,” katanya. 

Sebelum ini, isu kenaikan kadar premium insurans perubatan mencetuskan kebimbangan dan BNM kemudiannya mengarahkan penanggung insurans dan ITO untuk menyemak strategi penentuan semula harga bagi memastikan pelaksanaan yang lebih wajar.

Menurut BNM, itu termasuk menguruskan secara berterusan kenaikan premium/sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi/peserta takaful.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.