nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RM13.7 juta naik taraf Internet di UM, USIM, UniMAP

13 DIS : Kerajaan memperuntukkan RM13.7 juta untuk menaik taraf capaian perkhidmatan Internet di tiga kampus insitusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ia melibatkan Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bertanggungjawab terhadap kerja-kerja naik taraf tersebut.

“Sebanyak RM13.7 juta akan dibelanjakan oleh MCMC untuk tujuan memperoleh lebih 2,000 ‘access point’ (titik akses) WiFi bagi membantu pelajar-pelajar di tiga universiti itu, (ini) sebagai langkah permulaan.

“Semua peralatan WiFi ini akan dipasang bermula Januari (2025) jadi kita harapkan dalam masa yang terdekat, sekurang-kurangnya tiga universiti ini akan lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat jemaah menteri di Putrajaya, hari ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata projek sama akan dijalankan di universiti awam yang lain selepas ini.

Katanya, perbincangan berkait usaha menaik taraf capaian internet itu sudah dijalankan pada 5 Disember lalu dengan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menurutnya, semua naib canselor universiti bersama Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut hadir pada sesi itu.

Dalam pada itu katanya, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga memaklumkan kepada jemaah menteri dalam mesyuarat hari ini tentang usaha KPT untuk melengkapkan semua universiti awam dengan perkhidmatan Internet.

“Ada dalam kalangan UA yang hadapi masalah mobile outdoor coverage, in bulding coverage dan WiFi. Bagi MCMC perbincangan dengan semua universiti sudah bermula,” kata Fahmi.

September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan MCMC dan KPT bekerjasama bagi menyelesaikan isu kelemahan capaian internet di universiti awam seluruh negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.