nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Parti kerajaan diingatkan jangan curi ahli BN

p14 DIS : Parti dalam Kerajaan Perpaduan diingatkan agar tidak mengambil ahli rakan komponen bagi memastikan kerukunan dalam gabungan itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekiranya berlaku sudah tentu ia mencetus ketidakharmonian dalam kalangan mereka.

“Sebaik-baiknya parti komponen Kerajaan Perpaduan tidak harus mengambil mana-mana ahli-ahli parti lain dalam komponen itu.

“Kalau berlaku sebaliknya, mereka tentu akan terasa hati. Jadi dalam keadaan begitu, eloklah kita menjaga perpaduan dalam kalangan kita,” katanya.

Beliau berkata selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) kali ke-4 di ibu negara, hari ini.

Beliau mengulas khabar angin yang mendakwa kononnya Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan berpindah kepada PKR tahun depan bagi mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut Presiden UMNO itu, sehingga kini belum ada sebarang permohonan atau makluman daripada Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu berkait perkara tersebut.

“Setakat ini tidak ada permohonan daripada beliau dan beliau pun tidak bertemu dengan saya, jadi kita tidak dapat mengesahkan berita itu (ditawar jawatan MB Selangor,” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid sempat mengingatkan barisan kepemimpinan UMNO agar menjaga integriti dan tidak termakan tawaran yang bersifat berkepentingan peribadi.

“Mana-mana ahli dan pemimpin parti harus mengutamakan kepentingan parti sendiri bukan kepentingan peribadi. Apa pun agenda peribadi itu hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu supaya partinya diberikan keutamaan.

“Kalau memberikan kepentingan peribadi sebagai keutamaan, maka kita serahkan untuk ahli dan rakyat menilai integriti seseorang itu,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita yang memetik sumber dalaman UMNO melaporkan rundingan sedang giat dijalankan untuk menarik Tengku Zafrul dan keputusan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Tengku Zafrul menjadi ahli UMNO Bahagian Kota Raja pada Januari 2023 sebelum mengangkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO sebulan berikutnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh mengesahkan tidak menerima borang permohonan daripada Tengku Zafrul untuk menyertai parti itu, lapor Malaysiakini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.