16 DIS: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) secara rasmi mengumumkan pemecatan Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, berkuatkuasa 14 Disember lalu.
Turut dipecat anak Jokowi, Gibran Rakabuming yang merupakan Naib Presiden Indonesia.
Selain itu, menantu bekas Presiden Indonesia itu, Bobby Nasution serta 27 ahli lain yang menjadi pengikutnya turut dipecat.
Alasan pemecatan mereka disebut kerana melanggar keputusan parti dalam pemilihan presiden yang lalu.
Keputusan pemecatan itu dibaca Ketua Bidang Kehormatan Dewan Pimpinan Pusat PDIP, Komarudin Watubun yang ditandatangani Ketua Umumnya, Megawati Sokarnoputri dan Setiausaha Agung, Hasto Kritiyanto.
Jelas beliau, selepas keputusan tersebut diumumkan, individu yang terlibat dalam pemecatan keahlian itu tidak dibenarkan menggunakan jawatan mereka sebagai ahli PDIP dalam sebarang aktiviti.
Gibran mengiringi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Istana Negara, hari ini. *Foto: Facebook Gibran Rakabuming
Tinjaun di akaun media sosial Gibran mendapati belia tetap bekerja seperti biasa selepas keputusan pemecatan itu dilaporkan.
Sementara itu, memetik laporan CNN Indonesia, Jokowi menggambarkan dirinya akan terus berkecimpung dalam bidang politik meski tidak mewakili mana-mana parti politik selepas ini.