nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penarafan Fitch kekal, seiring aspirasi Ekonomi MADANI

17 DIS : Pengekalan penarafan Fitch Ratings terhadap Malaysia merupakan satu pengiktirafan terhadap kemajuan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bertepatan dengan aspirasi di bawah kerangka Ekonomi MADANI khususnya melibatkan komitmen dalam melaksanakan pembaharuan yang signifikan.

“Khususnya komitmen Kerajaan MADANI untuk melaksanakan pembaharuan signifikan dalam perundangan dan institusi yang menghasilkan dasar lebih jelas dan baik serta pengurusan ekonomi berkesan,” katanya dalam satu kenyataan Kementerian Kewangan (MoF), hari ini.

Semalam, Fitch dilapor mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada BBB+ dengan tinjauan ‘Stabil’.

Menurut MoF, kedudukan politik yang stabil, momentum pertumbuhan yang kukuh dan meluas, lebihan akaun semasa secara berterusan dengan pelaburan langsung asing yang teguh serta penurunan defisit fiskal menjadi penyumbang utama penarafan tersebut.

Fitch turut mengambil kira kestabilan kerajaan dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan ekonomi termasuk pengukuhan tata kelola entiti milik kerajaan serta perundangan seperti Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dalam pemberian penarafan tersebut.

Ia menandakan usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan penumbuhan inklusif adalah selaras dengan pandangan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Dalam pada itu, ekonomi Malaysia bekembang dengan kukuh pada 5.3 peratus bagi suku ketiga 2024 didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan prestasi sektor luar yang bertambah baik.

Kerajaan komited untuk melaksanakan konsolidasi fiskal, merapatkan jurang defisit secara beransur-ansur yang dianggarkan 4.3 peratus daripada KDNK pada 2024 kepada 3.8 peratus pada 2025.

“Kerajaan yakin untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang teguh pada tahun 2024 yang disemak semula lebih tinggi dalam lingkungan 4.8 peratus dan 5.3 peratus daripada anggaran awal antara empat dan lima peratus.

“Belanjawan 2025 juga digubal untuk menyokong momentum pertumbuhan ekonomi, dengan unjuran pertumbuhan antara 4.5 ke 5.5 peratus pada 2025,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, kerajaan turut  komited dalam  meningkatkan pengurusan fiskal melalui perluasan asas hasil, penggunaan sumber yang optimum dan meneruskan rasionalisasi subsidi khususnya RON95.

Pembaharuan struktur dan institusi juga diberi keutamaan selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI untuk mentransformasikan ekonomi, meningkatkan nilai rantaian, menggalakkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi serta meningkatkan produktiviti dan daya saing negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.