Kenyataan Media
Kementerian Dalam Negeri
Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI atas prinsip hak asasi manusia dan dokongan keadilan sejagat telah menerima dua orang warganegara Malaysia, Mohammed Farik Amin don Mohammed Nazir Lep yang diserah oleh Kerajaan Amerika Syarikat selepas ditahan sejak tahun 2006 di Kem Tahanan Guantanamo Bay, Cuba.
Kerajaan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan don saringan kesihatan.
Kementerian Dalam Negeri merakam ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini.
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Dalam Negeri