19 DIS : Tentera Syria daripada rejim Assad akan dihantar pulang ke Syria selepas mereka melarikan diri ke Iraq selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Iraq, Miqdad Miri berkata penghantaran pulang itu akan dimulakan hari ini.
“Proses itu akan dijalankan selepas penyelarasan dengan pihak berkuasa Syria,” katanya.
Terdahulu laporan media mendedahkan lebih 3,000 tentera Syria melarikan diri ke Iraq selepas kejatuhan rejim itu pada 8 Disember, lalu.
Kumpulan pasukan pembebasan Syria merampas ibu kota Damsyik sekali gus mengguling rejim Assad yang memerintah selama lima dekad.
Bashar kemudiannya dilaporkan melarikan diri ke Rusia bersama keluarganya dan mendapat perlindungan suaka di Moscow.
Foto: Al-ARABIYA