nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19, influenza di Malaysia terkawal

23 DIS : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan situasi COVID-19 dan influenza di negara ini dalam keadaan terkawal.

Setakat ini, tiada peningkatan kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) serta tiada kematian dilaporkan.

Menurut KKM dalam satu kenyataan, tiada kes varian baharu dikesan sementara varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.

Selain itu, kes dilaporkan juga menurun 14.23 peratus kepada 1,477 kes pada Minggu Epidemiologi (ME51) iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,722 kes pada minggu sebelumnya.

Pengisian katil bukan kritikal menurun daripada 0.16 peratus kepada 0.13 peratus dan pengisian katil ICU menurun daripada 0.14 peratus kepada 0.10 peratus, kata KKM.

Kenyataan itu juga menyebut tiada kes kematian COVID-19 dilaporkan sejak 25 April dengan jumlah kumulatif kekal sebanyak 58 kematian.

Bagi jangkitan influenza, KKM memaklumkan hasil survelan berasaskan makmal mendapati 139 daripada 856 sampel penyakit seperti influenza (ILI) di klinik kesihatan (16.24 peratus) serta lapan daripada 67 sampel jangkitan respiratori akut dan teruk (SARI) di hospital (11.94 peratus) dikesan positif bagi virus influenza pada ME50.

“Daripada sampel yang dikesan positif influenza, 32 peratus adalah terdiri daripada jenis influenza A manakala 26 peratus adalah influenza B,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, walaupun jangkitan influenza tidak wajib untuk dilaporkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] namun KKM sentiasa memantau kes influenza di seluruh negara.

“Peningkatan kes COVID-19 dan influenza di Malaysia pada hujung tahun adalah fenomena yang dijangka sepenuhnya, selaras dengan peningkatan jangkitan saluran pernafasan yang turut dilaporkan di negara-negara lain terutamanya yang bermusim sejuk seperti Jepun,” menurut kenyataan itu.

Pada musim perayaan ini, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri serta mencegah jangkitan atau penularan penyakit kepada orang lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.