nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Op Lancar mula hari ini hingga 2 Januari

23 DIS: Polis menjalankan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Januari depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata operasi itu bagi mengurangkan kesesakan menerusi tindakan penyuraian di laluan utama serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“JSPT mengambil maklum pertambahan aliran kenderaan dan kesesakan di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) termasuk lain-lain konsesi lebuh raya serta jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri.

“PLUS dalam kenyataan pada 17 Disember menjangkakan sebanyak 2.12 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya dalam sehari, susulan pemberian tol percuma untuk semua kenderaan ringan bermula hari ini hingga esok selain kesempatan cuti persekolahan hingga penghujung 2024,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas termasuk memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan.

Orang ramai turut diingatkan agar merancang perjalanan dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran termasuk cuaca serta maklumat aliran lalu lintas sebelum memulakan perjalanan bersama keluarga.

“Pastikan kenderaan dalam keadaan selamat dan diselenggara dengan baik. Bagi majikan dan pemandu kenderaan perdagangan digalakkan merancang pergerakan dengan keutamaan menggunakan jalan persekutuan dan jalan negeri untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya utama di seluruh negara.

“Pengguna jalan raya juga hendaklah kekal berdisiplin serta sentiasa berhemah dan pihak polis menghargai kerjasama yang diberikan pengguna jalan raya. Untuk penyaluran maklumat berkaitan kesesakan lalu lintas. orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan di peringkat daerah dan kontinjen,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.