23 DIS : Sebanyak 497 penduduk di empat perkampungan atas air di Semporna, Sabah terjejas selepas dilanda ribut dalam kejadian jam 3 pagi, semalam.
Empat kampung yang terjejas melibatkan Kampung Selamat, Kampung Sri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
Pegawai Daerah Semporna, Alexander Liew sebanyak 102 rumah rosak dan 11 lagi roboh dalam kejadian itu.
“Sebanyak 102 rumah rosak, 11 rumah roboh termasuk dua masjid dan 20 kenderaan turut rosak manakala mangsa keseluruhan adalah 497 orang.
“Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Program Perumahan Rakyat Bubul Ria dan setakat ini terdapat 59 mangsa ditempatkan di PPS itu,” katanya, lapor Bernama.
Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Jamil Hamzah dilaporkan berkata pihaknya akan memberi bantuan termasuk sumbangan atap bagi pembaikan rumah mangsa serta dua masjid terjejas.