nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC bertindak segera tangani penipuan MyPR di Facebook

24 DIS : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bertindan segera bagi menangani penipuan di Facebook melibatkan ‘page’ permohonan MyPR (kad pengenalan merah).

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memaklumkan menerima laporan kewujudan halaman itu yang kononnya boleh membantu dalam permohonan MyPR.

Malah kata Nie Ching, ia juga menjanjikan kelulusan dalam tempoh hanya 21 hari yang jelas tidak benar.

“Proses untuk mendapatkan status penduduk tetap di Malaysia agak rumit dan makan masa, melibatkan pelbagai peringkat dan protokol yang ketat di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan keselamatan negara.

“Mustahil untuk sesiapa saja memintas proses itu atau pun menjamin kelulusan dipercepatkan. Malangnya ia membuka pintu kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyamar sebagai agen bagi mengeksploitasi mereka yang mahu menjadi penduduk tetap.

“Penipu-penipu ini memanfaatkan keadaan pemohon, menyebarkan janji palsu sambil mendapat untung atas keadaan mereka yang terdesak. Penipuan sebegini memudaratkan emosi dan kewangan mangsa,” kongsinya di Facebook, malam tadi.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan terhadap kes itu bagi mengheret si pelaku ke muka pengadilan.

Justeru itu beliau menggesa orang awam untuk turut berwaspada dan mempertikai perkara yang ditemukan dalam talian terutama apabila ia suatu yang tidak masuk akal.

“Ingatlah, maklumat yang tidak benar merebak dengan cepat dan ambil sedikit masa untuk periksa kesahihan sebarang dakwaan boleh menyelamatkan anda daripada menjadi mangsa.

“Banyak hantaran penipuan ini adalah iklan berbayar, yang menimbulkan persoalan: bagaimana platform seperti Facebook atau syarikat Meta membenarkan kandungan seperti itu disiarkan tanpa membuat pengesahan? Ini satu isu pengawasan serius yang menjejaskan keselamatan pengguna,” katanya.

Susulan itu kata Nie Ching berkata pentingnya Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dan Rangka Kerja Perlesenan Media Sosial yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Menurutnya, rangka kerja yang akan dikuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan itu akan memastikan penyedia platform dipertanggungjawabkan, memastikan mereka bertindak secara beretika dan bertanggungjawab untuk melindungi pengguna daripada kandungan berbahaya.

“Dengan rangka kerja ini, kami boleh memaksa platform seperti Meta, untuk bukan sahaja mengeluarkan iklan yang mengelirukan dengan pantas, tetapi juga mengambil langkah yang lebih ketat untuk mengesahkan isi kandungan, sebelum ia sampai kepada orang ramai.

“Mari kita bersama-sama mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan boleh dipercayai untuk semua orang,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.