26 DIS : Serangan udara Pakistan di Afghanistan pada Selasa meragut sekurang-kurangnya 46 nyawa yang terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.
Menurut kenyataan Taliban Afghanistan, pihaknya akan bertindak balas atas serangan yang dilakukan pesawat tentera Pakistan di wilayah Paktika, timur Afghanistan itu.
Serangan tersebut turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Pejabat Luar Negara Afghanistan pada Rabu menyerahkan nota bantahan rasmi kepada Islamabad berhubung serangan itu serta memberi amaran kepada ketua misi Pakistan di Kabul dengan menyatakan pihaknya bakal berdepan akibat susulan tindakan itu.
Menurut Jurucakap Kementerian Pertahanan negara Afghanistan, Enayatullah Khowrazmi, Afghanistan menganggap serangan tersebut satu tindakan pencerobohan yang jelas serta melanggar prinsip antarangsa secera terang-terangan.
“Emiriah Islam tidak akan membiarkan tindakan pengecut ini tanpa jawapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut sumber salah-seorang pegawai Pakistan,Pakistan turut melancarkan serangan udara ke atas sebuah kem Kumpulan Islam Taliban Pakistan (TTP).
TTP bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam di Pakistan seperti yang dilakukan Taliban di Afghanistan.
TPP secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada kumpulan yang mentadbir Afghanistan apabila berikrar setia kepada Taliban Afghanistan.
Pada 21 Disember lalu, TPP melancarkan serangan besar di kawasan Waziristan Selatan, Pakistan, yang bersempadan dengan lokasi kem yang didakwa menjadi sasaran serangan di Afghanistan.
Serangan tersebut mengorbankan 16 anggota keselamatan Pakistan.
Hubungan antara kedua-dua negara itu sering tegang selepas Pakistan menuduh beberapa serangan TTP di negaranya dilancarkan dari wilayah Afghanistan.
Namun dakwaan tersebut dinafikan oleh Taliban Afghanistan.
Keadaan bertambah rumit apabila Taliban menuduh Pakistan melancarkan dua serangan udara di wilayahnya, yang menyebabkan kematian lima wanita dan kanak-kanak pada Mac lalu.