nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tahanan Malaysia lakar seksaan di Guantanamo Bay

27 DIS : Seorang daripada dua tahanan Malaysia yang dihantar pulang dari Pusat Tahanan Guantanamo Bay dikendalikan Amerika Syarikat (AS) di Cuba melakar penyeksaan yang dilakukan ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) terhadap dirinya sepanjang menjadi tahanan di sana.

Farik Amin, 45 melukis lakaran tersebut sepanjang lima tahun terakhir penahanannya untuk dibentangkan di mahkamah tentera AS sewaktu kes perbicaraan bersama rakan senegara, Mohammed Nazir Lep pada Januari.

Menurutnya, lakaran yang dimuatkan dalam dokumen setebal 96 halaman itu dilakukan atas nasihat peguamnya, Christine Funk dan ia merupakan sebahagian daripada rayuan untuk meringankan hukumannya.

Menurusi dokumen yang didedahkan kepada umum itu, Farik memberitahu mahkamah dia diseksa sejurus selepas ditahan di Bangkok.

Katanya, dia ditumbuk, disakiti dan diaibkan sepanjang tempoh berkenaan serta mengalami mimpi buruk sepanjang berada di sana.

“Saya dibogelkan dan digari manakala kaki saya dirantai pada lantai selama berbulan-bulan. Saya tak boleh bergerak dalam sel. Saya buang air dalam keadaan itu. Sepanjang masa saya hanya dengar bunyi dengung.

“Apabila saya cuba menutup kemaluan, salah-seorang ejen akan menepis tangan saya,” menurut dokumen itu.

Lakaran yang ditunjukkan kepada mahkamah menerusi dokumen itu memperlihatkan dirinya diikat dalam keadaan mencangkung dengan penyapu di celah lutut.

Satu lagi lakaran menunjukkan kaki dan tangannya dipegang empat pengawal penjara sambil seorang ejen CIA mencurah air pada muka dan badannya.

Manakala satu lagi lakaran memaparkan tangannya terikat diangkat ke atas kepala dan tidak dibenarkan tidur.

Menurut pakar psikitari Hawthorne E Smith, Farik mengambil keputusan untuk mengaku bersalah selepas 9 bulan menulis surat kepada beliau.

Menurut Smith, keputusan itu dilakukan Farik selepas menyedari dirinya tidak mampu mengubah dunia.

Smith juga melihat Farik menjadi seorang pemuda yang idealistik dan sanggup berkorban kepercayaannya kerana diancam pada ketika itu.

“Katanya dia mahu buat sesuatu yang bermakna untuk kepercayaannya dan keluarga semasa di usia remaja. Pada ketika itu lah dia pertimbangkan jihad untuk melindungi kepercayaannya. Dia seorang Muslim yang idealistik.

“Farik berkata sepanjang 20 tahun lalu, dia telah berubah. Dia bukan lagi seorang pemuda yang berang. Dia sudah berubah.Dia rasa lebih bahagia dan lebih yakin pada agamanya. Dia merancang untuk melalui sisa hidupnya sebagai seorang Muslim yang baik dan aman,” kata Smith, menurut dokumen itu.

Pada Januari, media melaporkan Nazir dan Farik mengaku bersalah atas lapan pertuduhan di Mahkamah Tentera Amerika Syarikat, termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar yang mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta pada Ogos 2003.

Mereka mengaku bersalah di bawah perjanjian pra-perbicaraan dengan pendakwa yang membenar mereka dihantar ke negara ketiga dan dibebaskan selepas lima tahun.

Pada 19 Disember, Amerika Syarikat (AS) memaklumkan penyerahan Farik dan Nazri yang ditahan di Kem Guantanamo Bay, Cuba sejak 2006.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kerajaan Perpaduan menerima kedua-dua tahanan itu atas prinsip hak asasi manusia dan dukungan  keadilan sejagat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.