nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Selangor bimbang gejala ‘bunuh karakter’ makin berleluasa

31 DIS : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahir kebimbangan terhadap gejala ‘membunuh karakter’ yang semakin berleluasa.

Baginda bertitah, cubaan membunuh karakter itu kini bukan saja berlaku pada musim pilihan raya seperti lazimnya, malah ia juga digunakan untuk mejatuhkan individu tertentu.

“Beta juga khuatir dengan cubaan-cubaan membunuh karakter atau ‘character assassination’ yang semakin berleluasa dengan niat untuk memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu.

Lazimnya, ‘character assassination’ ini hanya berlaku di musim pilihanraya, namun kini Beta dapati ia digunakan untuk memusnahkan kepercayaan dan seterusnya menjatuhkan individu tertentu.

Beta ingin menasihatkan rakyat agar bijak menilai dan mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat prasangka dan percaya dengan fitnah-fitnah yang terhasil daripada cubaan untuk membunuh karakter ini,” titah baginda dalam ucapan sempena Tahun Baharu 2025, hari ini.

Pada masa sama, baginda menzahirkan kebimbangan kelakuan seumpama itu boleh membawa kepada lebih banyak budaya hidup yang tidak baik dan menjejaskan keharmonian masyarakat sekiranya tidak dibendung.

“Beta sarankan, sekiranya terdapat kritikan atau rasa tidak puas hati di kalangan rakyat, ia seharusnya disalurkan sebagai cadangan yang membina demi manfaat semua pihak,” titah baginda.

Baginda turut menyeru rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman baharu untuk lebih fokus kepada usaha membangun ekonomi dan bekerja lebih kuat demi memajukan negara dalam semua bidang.

“Beta tidak mahu ada pihak-pihak yang masih bertelagah, khususnya di kalangan pemimpin, komuniti perniagaan, penjawat awam yang tamakkan kuasa dan kemewahan.”

Beta sering perhatikan bahawa pertelagahan seumpama ini kerap menjadi punca kepada timbulnya fitnah-fitnah jahat dan adu domba serta penyebaran maklumat palsu khususnya di media sosial,” titah Sultan Selangor.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin mengajak rakyat berazam untuk membanteras rasuah di semua peringkat dengan meningkatkan penguatkuasaan serta mengutamakan integriti dalam nilai-nilai kehidupan harian.

“Ingatlah, bahawa sebuah tamadun boleh runtuh hanya disebabkan oleh rasuah yang berleluasa dan tidak terkawal.

“Beta percaya untuk menjadi sebuah negara yang maju, rakyatnya haruslah saling hormat menghormati, berfikiran positif dan bersatu padu. Jika masih kerap bertelagah, bukankah usaha-usaha untuk memajukan negara akan tergendala? Akibatnya, rakyat yang akan menanggung sengsara hanya kerana keangkuhan dan sifat pentingkan diri sendiri segelintir pihak.

“Beta yakin sekiranya sekalian rakyat menggembleng usaha dan tenaga, mengukuhkan jati diri dan berazam untuk menyumbang sesuatu kepada kemajuan negara, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih maju dan disegani pada tahun 2025 nanti,” titah baginda.

Dalam kesempatan itu, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh rakyat negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

“Beta berharap tahun 2025 akan membawa lebih banyak kemajuan dan kemakmuran kepada semua,” titah baginda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.