nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kandungan menghasut, Palestin gantung operasi Al Jazeera

2 JAN : Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada Rabu mengarahkan penggantungan siaran saluran berita Al Jazeera di seluruh wilayah Palestin.

Menurut laporan agensi berita rasmi Wafa, ia termasuk membekukan semua aktiviti saluran satelit rangkaian penyiaran itu serta pejabatnya di Palestin.

Penggantungan tersebut dipercayai berpunca daripada penyiaran kandungan berbaur hasutan yang disiarkan saluran berita yang berpangkalan di Qatar itu.

“Jawatankuasa kementerian yang terdiri daripada Kementerian Budaya, dalam Negeri, dan Komunikasi sudah memutuskan untuk menggantung penyiaran Al Jazeera di Palestin.

“Keputusan ini juga membabitkan pembekuan sementara kerja semua wartawan, pekerja, kru, dan saluran berkaitan sehingga status undang-undang mereka diperbetulkan ekoran pelanggaran yang dilakukan Al Jazeera terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Palestin,” menurut laporan itu.

Keputusan tersebut juga dipercayai sebagai tindak balas kepada keengganan Al Jazeera untuk menghentikan peyiaran kandungan yang menghasut.

Selain itu, Al Jazeera juga didakwa menyampaikan laporan daripada maklumat yang salah, fitnah serta campur tangan dalam urusan dalaman Palestin.

Menurut laporan AFP, seorang pekerja Al Jazeera ketika dihubungi mengesahkan penggantungan rangkaian penyiaran yang berpusat di Ramallah itu pada Rabu.

Al Jazeera menerusi siarannya menujukkan gambar pegawai keselamatan PA memasuki pejabat itu di Ramallah dan menyerahkan arahan penggantungan itu.

Sementara itu, Al Jazeera menerusi kenyataannya mengecam penutupan pejabatnya di Ramallah serta menyifatkan tindakan PA itu seiring dengan tindakan yang dikenakan Israel terhadap kru medianya.

“Al Jazeera menganggap keputusan PA sebagai cubaan untuk menghalangnya daripada melaporkan peristiwa yang semakin memuncak di wilayah yang diduduki,” katanya.

Al Jazeera juga menyifatkan larangan itu sebagai cubaan untuk menyembunyikan kebenaran mengenai peristiwa di wilayah yang diduduki terutamanya di Jenin.

Dalam pada itu, Hamas dalam kenyataannya berkata keputusan PA menggantung operasi Al Jazeera sebagai pelanggaran yang jelas terhadap kebebasan media.

Katanya, tindakan itu juga dilihat penindasan yang bertujuan menyekat suara rakyat selain menyifatkan ia tidak sah serta penghinaan terhadap profesion kewartawanan.

“Kami menggesa PA untuk segera membatalkan keputusan ini,adalah penting untuk memastikan kelangsungan liputan media yang mendedahkan penjajahan dan menyokong keteguhan rakyat kami,” kata pejuang Hamas dalam satu kenyataan.

Ketegangan antara rangkaian yang berpangkalan di Doha dan pergerakan Fatah yang diketuai Presiden Palestin Mahmud Abbas meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini susulan liputan saluran itu mengenai pertempuran antara pasukan keselamatan Palestin dan Hamas di Jenin.

Pada akhir Disember, saluran itu mengecam tindakan Fatah yang mendakwa rangkaian tersebut melancar kempen hasutan berhubung beberapa kawasan yang di Tebing Barat yang diduduki pasukan itu.

Al Jazeera sudah diharamkan daripada bersiaran di Israel susulan perseteruan berpanjangan dengan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang semakin memburuk semasa perang yang berterusan di Gaza.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.