nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nahas ragut 7 nyawa: Puspakom serah laporan kepada MIROS

2 JAN : Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) hari ini sudah memuktamadkan laporan siasatan kenderaan terbabit nahas yang meragut tujuh nyawa di Melaka bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata laporan sudah diserahkan kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) hari ini untuk tindakan susulan.

Namun katanya, laporan itu tidak termasuk tayar yang tertanggal susulan tidak dapat menjalankan pemeriksaan pada tayar tersebut.

“Laporan hanya merangkumi pemeriksaan kenderaan itu dan tayar yang tertanggal tidak dapat diperiksa kerana Puspakom tidak jumpa dan menerima tayar terbabit.

“Laporan yang Puspakom hantar kepada MIROS itu mengikut siasatan kami, punca berlaku kejadian tayar tertanggal daripada gandarnya.

“Gandar itu ada masalah, kami musykil sebab usianya baru setahun. Kita berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media di Puspakom Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca nahas itu.

Siasatan awal polis mendapati lori dipandu dari arah utara ke selatan tercabut tayarnya dan berada di lorong tengah manakala bas persiaran yang membawa 27 penumpang dari arah sama terlanggar tayar itu dan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza sebelum bertembung dengan sebuah treler dan MPV dinaiki lapan sekeluarga yang sedang menghala ke utara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.