nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong ada kuasa prerogatif beri ampun, tunda hukum

3 JAN : Kuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya adalah hak istimewa atau prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan Istana Negara hari ini, perkara tersebut adalah selaras dengan peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, katanya permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi mana-mana banduan hendaklah dikemukan sendiri oleh banduan berkenaan untuk dipertimbang ke Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

“Kuasa Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini dijalankan atas nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Seri Paduka Baginda.

“Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh remit, gantung atau ringankan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.

Justeru itu, katanya semua pihak diingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang ditetapkan.

Pada 28 Disember, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan sekiranya ingin menghabiskan baki tempoh hukumannya kepada tahanan di rumah.

Mahkamah Rayuan pada 9 Disember  menetapkan 6 Januari depan bagi pendengaran rayuan Najib berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar kewujudan Titah Adendum.

Pada 3 Julai lalu, Najib gagal dalam usahanya untuk mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi bagi mencabar kewujudan titah adendum yang dikatakan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 agar bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.

Hakim Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk memulakan semakan kehakiman selepas mendapati semua afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan itu termasuk afidavit yang difailkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu sekadar khabar angin.

Najib, 70 memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu pada 1 April dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta kerajaan Malaysia sebagai responden.

Najib, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022 dan hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.