4 JAN : Tiga individu dirakam percakapannya selepas video tular memakai pakaian yang menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata kertas siasatan berkaitan kes itu dijangka dilengkapkan minggu depan.
“Kertas siasatan dijangka dilengkapkan Jumaat minggu depan dan akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
“Kita juga sudah menghantar e-mel ke Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini untuk menyemak bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata telah membuka kertas siasatan terhadap perkara itu selepas video itu tular di TikTok.
Menurutny, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan, Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM).
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau balai polis terdekat.