nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Akmal tetap hadir himpunan solidariti Najib atas kapasiti peribadi

4 JAN : Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tetap akan menghadiri himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin ini.

Menurutnya, kehadirannya ke himpunan itu atas kapasiti peribadi selepas partinya mengumumkan pembatalan penganjuran himpunan itu malam tadi.

“Sebagai ahli parti, kita menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan menghormati keputusan parti untuk tidak berhimpun.

“Bagaimanapun, saya tetap akan hadir atas kapasiti individu untuk memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti sebelumnya,” katanya, lapor Berita Harian.

Malam tadi, UMNO memutuskan untuk membatalkan penganjuran perhimpunan solidariti untuk Najib, Isnin ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang  mengeluarkan titah kenyataan berkait kuasa prerogatif baginda.

Istana Negara dalam kenyataannya kelmarin mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan dan undang-undang bagi memohon keampunan atau pengurangan hukuman seseorang banduan,selaras dengan peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut orang ramai agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan yang dianjurkan pihak tertentu bagi menuntut pengampunan diraja.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ia bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong selain menjaga keselamatan dan ketenteraman awam kerana permohonan hanya boleh dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan bukan dengan turun ke jalanan.

Sementara itu, PAS dalam kenyataanya hari ini memaklumkan akan meneruskan penglibatannya dalam himpunan tersebut.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kehadiran ke perhimpunan itu tidak menyanggah mahupun mengurangi makna dan tujuan titah Yang di-Pertuan Agong serta tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan atau mengganggu proses serta perjalanan Lembaga Pengampunan.

Katanya, PAS juga tidak berhasrat untuk menyemak semula arahan yang dikeluarkan berhubung kehadiran aman ahli-ahlinya pada hari, masa dan tempat dinyatakan.

“PAS mengambil maklum dan menjunjung tinggi titah Istana Negara, semalam, berhubung kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

“PAS juga akur serta mendukung segala proses serta tatacara diperuntukkan bawah undang-undang berhubung perkara itu melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

“Justeru, himpunan solidariti itu bertujuan mempertahankan kuasa dan prerogatif Institusi Yang di-Pertuan Agong daripada manipulasi serta ketidaktelusan, selain menyokong semua usaha sah Najib untuk mendapatkan keadilan bawah undang-undang mengikut kuasa dan prerogatif yang sama,” katanya.

Takiyuddin berkata himpunan tersebut dijangka akan berlaku secara aman  yang merentasi kaum serta fahaman di tempat awam sebagai tanda solidariti terhadap Najib.

“Perhimpunan itu dianjurkan pada saat-saat penentuan di mahkamah dalam usaha Najib untuk mendapatkan hak, keadilan dan perlindungan terbaik mengikut lunas undang-undang atas kepercayaan bahawa kuasa prerogatif yang sama memberikan kelonggaran tertentu ke atas hukuman yang dijalaninya, iaitu melalui Titah Adendum,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.