4 JAN : Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dirancang sebelum ini dijangka bermula pada tahun ini.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata projek JENDELA fasa pertama hampir siap dengan 1,460 daripada keseluruhan 1,661 projek menara telekomunikasi siap dibina dan 1,087 daripadanya sudah beroperasi sepenuhnya.
ketika ini, 1,460 daripada keseluruhan 1,661 projek menara telekomunikasi fasa pertama berjaya didirikan dan 1,087 daripadanya, beroperasi sepenuhnya.
“Kita sudah berbincang dengan pembekal perkhidmatan…syarikat telekomunikasi jika menara dah siap, kalau dalam tempoh masa sembilan bulan tak boleh disambungkan dengan gantian optik.
“Sekurang-kurangnya syarikat telekomunikas perlu menggunakan teknologi satelit atau apa-apa sahaja penyelesaian interim yang bersesuaian,” katanya.
Sementara baki projek menara dalam fasa pertama ini katanya dijangka selesai pada tahun ini.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Kampung Angkat MADANI di Dewan Raya Felda Bukit Permai, di Kulai, Johor, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri, pejabat tanah dan pejabat daerah diseru agar berkerjasama dengan pihak berkaitan bagi menyelesaikan isu tanah yang menjadi kekangan utama projek tersebut berjalan.
Sementara itu, beliau menegaskan prestasi kontraktor pada fasa pertama ini terutama yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual akan diambil kira bagi pemilihan pembinaan JENDELA fasa kedua nanti.
Pada program di Felda Bukit Permai hari ini, Nie Ching menyerahkan 200 unit bakul makanan kepada warga setempat dan beg sekolah serta peralatan tulis kepada 200 murid sekolah rendah.