nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Johor gesa dakwa individu terlibat tarik tuntutan Batu Puteh

4 JAN : Kerajaan Johor menggesa individu yang terlibat dalam penarikan semula permohonan semakan tuntutan ke atas Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan didakwa ke muka pengadilan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri memandang serius petisyen himpunan Batu Puteh yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Johor pada Jumaat.

Katanya, kerajaan negeri turut mengikuti perdebatan awam yang berlaku susulan penerbitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

“Laporan RCI itu mendedahkan tindakan Kerajaan Persekutuan menarik balik permohonan semakan dan tafsiran keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2018 meskipun wujud bukti-bukti baharu yang mengukuhkan tuntutan Malaysia.

“Penarikan semula permohonan semakan itu dibuat meskipun wujud bukti yang kukuh untuk menyokong tuntutan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Onn Hafiz menegaskan pihak terbabit perlu dihakimi oleh perundangan negara di atas pengkhianatan tersebut.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menggugat keharmonian dan kedaulatan Negeri Johor mahupun negara.

“Kerajaan negeri menzahirkan rasa penuh dukacita atas pengkhianatan yang berlaku.

“Kerajaan negeri juga berharap supaya tidak ada mana-mana pihak yang cuba memutarbelitkan isu ini sehingga mengancam kedaulatan negeri dan negara,” katanya.

Kelmarin, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Johor menyerahkan petisyen mendesak tindakan diambil berhubung kehilangan Batu Puteh dalam himpunan di Dataran Mahkota, Kota Iskandar yang disertai kira-kira 400 ahli pelbagai NGO.

Pada 5 Disember, RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Onn Hafzi mendakwa keputusan penarikan permohonan semakan dan tafsiran terhadap membatalkan keputusan ICJ dibuat dengan sengaja tanpa asas munasabah.

Katanya, ia juga bertentangan dengan fakta sejarah dan nasihat perundangan,selain membelakangi Jemaah Menteri dengan membuat keputusan secara sepihak.

Katanya, keputusan itu juga turut menutup peluang Malaysia bagi mendapatkan kembali wilayah jajahan Kesultanan Johor.

“Dengan tidak meneruskan permohonan tuntutan Malaysia terhadap kes Batu Puteh, maka tercatatlah suatu titik paling hitam dalam lembaran sejarah Malaysia dan Johor.

“Segala hak yang berbaki untuk menuntut kedaulatan ke atas Batu Puteh kini luput dan terlucut buat selama-lamanya,” katanya.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang letaknya kurang satu kilometer (km) dari pulau itu milik Malaysia.

ICJ turut memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer (km) dari Batu Puteh akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Pada 28 Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika di bawah pimpinan Dr Mahathir menarik balik permohonan membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.