nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Permit himpunan solidariti Najib tidak lulus

4 JAN : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak permohonan penganjur bagi himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata ia ditolak selepas semakan dilakukan mendapati permohonan berkenaan tidak lengkap.

Bagaimanapun, katanya pihaknya akan membuat persediaan kawalan keselamatan menerusi kekuatan anggota seramai 456 orang di Istana Kehakiman pada 6 Januari ini.

“Pihak kami menerima permohonan penganjuran tersebut pada 31 Disember lalu namun ia terpaksa ditolak.

“Selepas disemak, didapati permohonan itu tidak lengkap dan pihak polis menolak kebenaran untuk tujuan himpunan terbabit.

“Pemakluman penolakan permohonan sudah disampaikan kepada pihak penganjur pada 3 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin ini bagi mendengar rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan Najib untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.

 PDRM pada Jumaat menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan yang dianjurkan pihak tertentu bagi menuntut pengampunan diraja.

Katanya, ia bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif baginda dalam urusan pengampunan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara pada Jumaat, selain menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.