nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jabatan Penjara tidak terima titah tahanan rumah Najib

6 JAN : Kementerian Dalam Negeri menegaskan pihaknya bersama Jabatan Penjara tidak menerima sebarang titah daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 terkait dengan Datuk Seri Najib Razak bagi menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata KDN dan Jabatan Penjara hanya menerima arahan bagi mengurangkan tempoh pemenjaraan dan denda bekas perdana menteri itu menerusi surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri yang merupakan sekretariat kepada Lembaga Pengampunan pada 2 Februari 2024.

Katanya, surat tersebut merupakan arahan rasmi bagi melaksanakan keputusan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada ketika itu.

“Perintah ini adalah arahan rasmi untuk melaksanakan keputusan Lembaga Pengampunan dan ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengampunan iaitu Al Sultan Abdullah serta disaksikan oleh seorang pegawai, Dr Zaliha Mustafa.

“Dalam perintah tersebut, dua keputusan utama dinyatakan tempoh pemenjaraan Datuk Seri Najib dikurangkan sehingga 23 Ogos 2028 dan denda dikurangkan kepada RM50 juta, dengan syarat sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara ditambah setahun sehingga 23 Ogos 2029.

“Surat tersebut tidak menyebut apa-apa mengenai tahanan rumah. Oleh itu, Jabatan Penjara hanya melaksanakan apa yang terkandung dalam perintah tersebut,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mendakwa KDN tidak melaksanakan keputusan berkaitan tahanan rumah.

Saifuddin menegaskan pihaknya hanya melaksanakan perintah yang sahih dan rasmi seperti yang diterima daripada Lembaga Pengampunan.

Pasukan pembelaan ajib memberitahu Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Isnin Titah Adendum yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara selama enam tahun di bawah tahanan rumah itu disembunyikan daripada umum.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata titah yang diterima daripada Lembaga Pengampunan itu disahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang turut hadir pada mesyuarat tersebut.

Katanya, AGC turut menyatakan perkara yang sama dalam hujahnya ketika prosiding yang berlangsung hari ini.

“Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan adalah dokumen rahsia besar, tetapi saya boleh mengesahkan ia tidak mengandungi apa-apa tentang tahanan rumah.

“KDN telah melaksanakan sepenuhnya titah Tuanku, seperti yang diarahkan melalui perintah rasmi Lembaga Pengampunan. Sebarang dakwaan yang mengatakan sebaliknya adalah tidak benar,” katanya.

Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini membenarkan Najib memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung dakwaan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan beliau menjalani hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.

Keputusan majoriti 2-1 itu bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum tersebut.

OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.