nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mahkamah benarkan Najib semak kewujudan Titah Adendum

6 JAN : Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung dakwaan kewujudan Titah Adendum.

Keputusan majoriti 2-1 itu bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.

Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril yang membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman itu manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel menentangnya.

Hakim memutuskan demikian selepas mendapati tiada cabaran daripada pihak responden terhadap bukti tambahan yang dikemukakan.

Sehubungan itu panel memerintahkan supaya kes terbabit diremitkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya merit semakan kehakiman terbabit dan diputuskan.

Panel berpendapat ia tidak adil jika didengar oleh hakim yang sama kerana keputusan awal telah dibuat dan boleh menimbulkan konflik kepentingan.

Pengurusan kes ditetapkan pada 13 Januari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Hakim Mohd Firuz mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang tidak memfailkan afidavit balasan bagi mencabar kewujudan titah adendum seperti yang didakwa Najib.

Katanya, sehingga hari ini pihak AGC dan responden lain yang dinyatakan dalam rayuan itu masih tidak menyatakan cabaran mereka berhubung titah tambahan itu.

“Apa yang saya lihat adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Tiada apa-apa kenyataan afidavit balasan daripada pejabat AGC yang mengenepikan atau mana-mana responden yang menafikan kewujudan titah tersebut.

“Ketiadaan tindakan untuk mencabar kewujudan titah itu, saya terganggu. Saya menyatakan (ia wujud) tetapi kerana anda (pendakwaan) tidak menafikan kewujudannya bermakna anda mengatakan ia wujud. Itulah sebabnya. Saya tidak menyatakannya, tetapi saya terganggu,” katanya.

Hakim Mohd Firuz berkata demikian ketika mencelah hujah Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili responden-responden dalam rayuan Najib bagi mendapat kebenaran mencabar kewujudan titah adendum di Mahkamah RayuanPutrajaya, hari ini.

Sementara itu, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib membacakan Titah Adendum yang dikatakan daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16 selepas prosiding berlangsung.

Katanya, anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar mengetahui kewujudan dokumen titah bertarikh 29 Januari tahun lalu itu pada 2 Disember tahun lalu melalui surat daripada istana di bawah arahan Al-Sultan Abdullah namun ia tidak ditandatangani kerana merupakan rekod peribadi baginda.

Najib,72 merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung kewujudan titah terbabit.

Hakim memutuskan demikian selepas mendapati semua afidavit difailkan bagi menyokong permohonan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak boleh diterima kerana ia bersifat khabar angin.

Sebelum ini, Najib selaku pemohon meminta perintah mandamus untuk memaksa tujuh pihak selaku responden menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari tahun lepas.

Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Beliau memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022 yang menyaksikan Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.