nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Permohonan lesen Telegram diluluskan : Fahmi

6 JAN:  Pengendali aplikasi komunikasi, Telegram menerima Lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASPC) bagi membolehkan aplikasi itu meneruskan operasi di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata permohonan lesen Telegram itu diluluskan pada Khamis lalu.

Telegram menjadi platform ketiga yang menerima lesen tersebut selepas ByteDance (Tiktok) dan Tencent (WeChat) pada 26 Disember lalu.

Selain itu, katanya permohonan Meta yang mengendalikan platform Facebook, Instagram, dan WhatsApp dijangka akan selesai dan diputuskan dalam masa terdekat.

Terdahulu, ByteDance (TikTok) dan Tencent (WeChat) menjadi dua platform pertama yang diberikan lesen bagi membolehkan mereka beroperasi di negara ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata dua syarikat itu adalah antara empat penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial utama yang mengambil langkah signifikan pematuhan kawal selia yang ditetapkan kerajaan pada 1 Januari lalu.

Pada 27 Julai lalu, MCMC memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bermula 1 Januari.

Menurut MCMC, kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah akta tersebut.

Penguatkuasaan ini selaras keputusan jemaah menteri yang mahu perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet mematuhi undang-undang Malaysia demi memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Pada 9 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan kepada Akta 588 yang meminda Seksyen 211(c) dengan menggantikan perkataan ‘seseorang’ dengan perkataan ‘pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan’ selain menggantikan perkataan ‘lima puluh ribu’ dengan perkataan ‘satu juta’.

Menerusi pindaan itu, seksyen itu tidak lagi terpakai kepada orang awam sebaliknya penggunaannya adalah kepada pemegang lesen CASP dengan denda dalam seksyen tersebut diselaraskan mengikut perkembangan semasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.