nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sasar 35.6 juta pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2026

6 JAN : Kerajaan menyasarkan kedatangan 35.6 juta pelancong dengan jangkaan pendapatan pelancongan sebanyak RM147.1 bilion bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun sasaran itu dilihat tinggi, namun ia bersifat pragmatik dan realistik.

Jelas beliau, VM2026 juga dijangka menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara di samping memberi pengalaman bermakna yang tidak dilupakan pelancong yang melawat negara ini.

“Kami menyasarkan serta mengalu-alukan 35.6 juta pelancong menjelang 2026. Perancangan yang bercita-cita tinggi tetapi sangat pragmatik dan realistik.

“Jika kita mencapai sasaran ini, negara akan memeproleh hasil sebanyak RM147.1 bilion dan ia akan memberi manfaat kepada pelbagai sektor khususnya pelancongan, makanan dan minuman serta industri berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran kempen VM2026 di Sepang, Selangor, hari ini.

Pada majlis sama, beliau melancarkan pengenalan logo, maskot, lagu tema dan reka bentuk pesawat khas selain lagu tema bertajuk ‘Surreal Experiences‘ bagi mempromosikan daya tarikan unik Malaysia kepada pelancong antarabangsa.

Sementara itu, spesies terancam, Beruang Matahari Malaya yang menjadi kebanggaan negara dipilih sebagai ikon rasmi pada kempen kali ini.

Ikon rasmi itu diperkenalkan dalam bentuk animasi dan maskot direka bagi menonjolkan komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan hidupan liar.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

pelancongan

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta semua kementerian memberi fokus dalam meningkatkan sektor pelancongan sempena VM2026.

Katanya, kesiapsiagaan dalam menjayakan kempen itu perlu melibatkan semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak tanpa ada negeri yang tersisih dan tertinggal.

“Saya telah meminta semua kementerian memberikan tumpuan dalam sektor pelancongan supaya Malaysia dapat meningkatkan keupayaan dalam bidang pelancongan, pelaburan dan ekonomi tanpa ada kawasan atau negeri yang tersisih.

“Ia sejajar dengan rangka kerja MADANI yang memberi fokus nilai teras pembangunan negara dengan mengutamakan kelestarian seiring pencapaian tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Anwar berkata kempen VM2026 juga selaras dengan usaha kerajaan yang sedang mempersiapkan semua negeri sebagai destinasi pelancongan bersempena Kepengerusian ASEAN 2025.

Katanya, usaha ini merangkumi  sektor hospitaliti, pengangkutan, peruncitan, industri makanan dan manfaat ekonomi akan dinikmati oleh komuniti bandar, luar bandar dan kawasan pedalaman.

“Impak VM2026 seperti yang saya nyatakan akan melangkaui industri pelancongan, merangkumi penekanan diberikan untuk memastikan setiap negeri dan setiap komuniti turut terbabit dalam usaha ini.

“Dalam usaha kita mempromosikan Malaysia, kita ingin mempromosikan negara ini sebagai sebuah destinasi yang lestari dan harmoni, dengan warisan budaya yang pelbagai, berasaskan asas budaya yang kukuh dan inklusif dalam pendekatannya.

“Malaysia bukan sekadar destinasi biasa namun ia destinasi yang unik, mesra alam dan diperkaya dengan keunikan rakyatnya yang berbilang budaya dan bangsa,” katanya.

OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.