nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JS-SEZ inisiatif unik Malaysia-Singapura promosi negara, tarik pelaburan

7 JAN : Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) disifatkan sebagai satu inisiatif dan kerjasama ekonomi unik antara Malaysia dan Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia kerana kedua-dua negara perlu menjadi satu pasukan dalam mempromosikan negara serta menarik pelaburan.

Katanya, kerjasama antara dua buah negara itu jarang ditemui di mana-mana tempat dan bahagian di dunia.

“Ini adalah inisiatif yang unik dan sangat jarang kita lihat dua negara dapat bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Anda boleh perhatikan mana-mana bahagian di dunia di mana dua negara memutuskan untuk bekerjasama, mempromosikan kedua-dua negara, menarik pelaburan dan membina hubungan yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia dan Singapura memiliki dasar ekonomi yang jelas bagi, selain memilih pendekatan selektif bagi memastikan pelaburan sejajar dengan keperluan dan keutamaan masa depan.

Selain itu, Anwar berkata pentadbiran dan politik yang stabil  di kedua-dua negara turut memperkukuhkan kerjasama tersebut.

JS-SEZ dilancarkan hari ini merangkumi kawasan pembangunan Iskandar, Forest City, Pengerang Integrated Petroleum Complex dan Desaru dengan keluasan tanah 357,128 hektar dengan menyasarkan 100 projek dalam tempoh 10 tahun.

Wilayah pembangunan Iskandar turut meliputi Pusat Bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Tanjung Pelepas-Tanjung Bin, Pasir Gudang, Senai-Skudai, dan Sedenak.

Terdahulu, kedua-dua Perdana Menteri menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian bersama mengenai JS-SEZ antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Perdagangan dan Industri, Gan Kim Yong.

Sementara itu, Wong berkata kedua-dua negara memiliki kekuatan yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan nilai tambah serta menjadikan JS-SEZ lebih kompetitif dan menarik untuk operasi perniagaan.

“Di pihak Singapura, kami sudah berinteraksi dengan banyak perniagaan dan mereka sangat berminat untuk melakukan lebih banyak aktiviti di Johor dan kami sudah mempunyai insentif untuk perniagaan yang ingin berkembang ke luar negara.

“Kami juga mempunyai program penyediaan pasaran dan geran yang boleh dimanfaatkan oleh perniagaan Singapura untuk mengembangkan operasi mereka di Johor yang diselaraskan dengan operasi mereka di Singapura,” katanya.

Selain pertukaran dokumen berkaitan JS-SEZ, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan pertukaran enam memorandum persefahaman (MoU)  membabitkan perubahan iklim dan penyimpanan karbon, pendidikan, wanita dan kebajikan sosial serta usaha membanteras jenayah rentas sempadan.

Terdahulu,  Wong yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, hari ini.

Majlis dimulakan dengan alunan lagu kebangsaan kedua-dua negara sebelum Wong memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat).

Turut hadir ialah isteri Wong, Loo Tze Lui bersama isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, serta barisan menteri termasuk Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Wong di Dewan Seri Mahkota, Istana Negara.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung  kira-kira satu jam itu ialah  Mohamad Hasan dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Ini merupakan lawatan kali kedua Wong ke Malaysia sejak menjawat jawatan itu pada 15 Mei 2024 dengan lawatan pertamanya pada 11 Jun tahun lepas.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.