nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Singapura runding semula isu air, ruang udara, maritim

7 JAN : Malaysia dan Singapura bakal menyambung semula rundingan berhubung beberapa isu yang tertangguh termasuk melibatkan ruang udara, sempadan maritim dan bekalan air.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa perkara yang dituntut kedua-dua negara perlu dipertimbangkan sepenuhnya sebelum persetujuan dapat dicapai secara adil.

“Ini adalah isu yang rumit dan sudah tentu seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, pendekatan kita adalah untuk menanganinya secara menyeluruh atau holistik.

“Ia supaya beberapa perkara yang dituntut oleh Singapura dan beberapa yang dituntut oleh Malaysia, dipertimbangkan sepenuhnya dan penyelesaian akhir haruslah berada pada situasi menang-menang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sikap positif kedua-dua negara terhadap ekonomi, tenaga, digital, pelaburan dan perdagangan tidak seharusnya ‘dirosakkan’ dengan membangkitkan isu lama.

“Kami bersetuju kita harus mengadakan pertemuan ringkas untuk menyemak semula perkara ini dan dengan cara itu pasukan teknikal serta pakar kita dapat menanganinya dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Wong mengakui ada kemajuan yang sudah dicapai namun beliau tidak menolak isu yang dibincangkan itu kompleks dan tidak boleh diselesaikan dengan mudah.

Menurutnya, beliau dan Anwar komited sepenuhnya bagi memastikan perbincangan itu kelak berjalan dengan niat baik, membina dan bersifat holistik.

“(Kami mahu) pastikan isu-isu tertunggak ini tidak menjejaskan hubungan kami secara keseluruhan. Itulah sebabnya kami masih boleh bergerak ke hadapan dengan projek menang-menang positif seperti kerjasama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan RTS Link.

“Jadi kita tidak mahu isu-isu ini, walaupun terdapat perbezaan pandangan, menghalang kita daripada melaksanakan projek positif yang boleh dilakukan bersama,” katanya.

Terdahulu, JS-SEZ dilancarkan hari ini merangkumi kawasan pembangunan Iskandar, Forest City, Pengerang Integrated Petroleum Complex dan Desaru dengan keluasan tanah 357,128 hektar dengan menyasarkan 100 projek dalam tempoh 10 tahun.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.