nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC terima 4,699 permohonan turunkan kandungan penipuan, judi

7 JAN : Sebanyak 4,699 permohonan menurunkan kandungan di media sosial diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hanya dalam tempoh tujuh hari sehingga jam 9 pagi tadi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata permohonan itu melibatkan kandungan berunsur penipuan dan perjudian.

Katanya, daripada angka itu 72 peratus daripadanya berkait kandungan judi dalam talian dan14 peratus lagi berunsur scam.

“Kedua-dua ini sudah 86 peratus daripada semua kandungan yang diminta diturunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2025 (IRC 2025) di ibu negara, hari ini.

Ketika berucap pada majlis itu, Fahmi berkata tahun lalu MCMC menyekat lebih 3.1 bilion panggilan berunsur penipuan dan memproses hampir 12,000 aduan.

“Perkara itu adalah satu pencapaian penting yang menegaskan komitmen Malaysia dalam menangani ancaman siber dan memupuk persekitaran digital yang lebih selamat,” katanya.

Menurutnya, kemajuan teknologi perlu diimbangi dengan peraturan yang melindungi pengguna dan menggalakkan inovasi.

“IRC 2025 adalah antara usaha Malaysia untuk bekerjasama dengan rakan serantau dalam ASEAN bagi menetapkan piawaian digital secara bersama dan memupuk inovasi dalam kalangan negara ASEAN dan seterusnya.

“Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia berhasrat memimpin pembangunan dasar serantau yang memberi tumpuan kepada keselamatan siber dan akses teknologi yang saksama bagi memastikan rantau ini kekal berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menyeru pihak berkepentingan agar mengambil bahagian secara aktif bagi membentuk rangka kerja peraturan yang mengimbangi inovasi dengan perlindungan pengguna.

“Kita mesti secara bersama-sama menangani kerumitan era digital untuk mewujudkan masa depan yang lebih terhubung, selamat dan inklusif,” katanya yang turut merasmikan robot kecerdasan buatan Malaysia yang diberi nama Ahmad pada majlis itu.

Dalam perkembangan lain, Fahmi membidas dakwaan kononnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menghormati Titah Adendum yang didakwa dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Jelas Fahmi, KDN hanya bertindak mengikut prosedur berlandaskan undang-undang.

“Perintah pembebasan itu, mereka ikut prosedur, maka apa saja dokumen yang diterima, mereka laksanakan berlandaskan undang-undang.

“Sebarang perkara berkait arahan itu terbit daripada prosiding Lembaga Pengampunan berdasarkan Perlembagaan Perkara 42. Jadi hal yang lebih terperinci akan dibicarakan di mahkamah dan kita serah kepada proses berkenaan,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menjelaskan Jabatan Penjara tidak menerima sebarang titah Lembaga Pengampunan bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Ia bagi menjawab dakwaan Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyebut KDN tidak melaksanakan keputusan berkaitan tahanan rumah.

*Foto: Facebook Fahmi Fadzil

Get real time updates directly on you device, subscribe now.