7 JAN : Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi di Nepal pagi tadi.
Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal itu turut dirasai di India.
Rakyat Malaysia di Nepal dinasihatkan waspada dan mematuhi garis panduan keselamatan selain berhati-hati menghadapi situasi selepas bencana itu.
Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra menggalakkan rakyat Malaysia di sana agar mendaftar mereka melalui platform E-Konsular dan kekal berhubung dengan Kedutaan Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini juga bantuan.
Untuk bantuan konsular, hubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu di Bakhundole-3, Lalitpur, melalui telefon di talian +977-1-5445680 atau +977-1-5445681 untuk pertanyaan umum atau +977-9801008000 untuk kecemasan.
Selain itu, rakyat Malaysia di Nepal juga boleh menghantar e-mel ke mwkathmandu@kln.gov.my untuk bantuan umum atau kathmandu@imi.gov.my bagi urusan imigresen.