nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus tahun ini

9 JAN : Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini berbanding 4.9 peratus yang dianggarkan pada tahun 2024.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aktiviti pelaburan dijangka menjadi pemacu utama kadar pertumbuhan itu selepas kerajaan komited untuk mengubah Malaysia menjadi negara maju.

Selain itu, katanya ia juga didorong oleh persekitaran pasaran buruh yang stabil serta dasar fiskal dan monetori yang kondusif dalam keadaan ketidaktentuan luaran yang berlarutan.

“Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) melalui inisiatif GEAR-uP ditetapkan bagi memperuntukkan RM120 bilion untuk menerajui pelaburan domestik dalam tempoh lima tahun.

“Inisiatif ini akan membuka kunci potensi pertumbuhan Malaysia melalui pelaburan dalam sektor dan pertumbuhan bernilai tinggi (HGHV) seperti peralihan tenaga, pembuatan termaju khususnya industri semikonduktor” katanya, lapor Bernama.

Mohd Afzanizam berkata inisitif itu juga turut merentasi semua kitaran hayat perusahaan daripada pemula niaga, modal teroka sehingga syarikat peringkat pertengahan.

Sementara itu, beliau perkata peningkata kecerdasan buatan (AI) di negara ini dilihat mampu mejadi pemacu utama meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam ekonomi.

Jelas beliau, pembangunan pusat data yang dibiayai pelaburan swasta mampu meningkatkan pertumbuhan yang kritikal, selain memberi manfaat kepada industri seperti pembinaan, hartanah, tenaga, air dan perkhidmatan sokongan lain.

Dalam pada itu, beliau berkata eksport berkaitan semikonduktor Malaysia dijangka sejajar dengan permintaan global yang mampan pada 2025.

Katanya,jualan semikonduktor global diunjurkan berkembang pada kadar kukuh 11.2 peratus pada 2025, berikutan pertumbuhan mantap sebanyak 19.0 peratus yang disaksikan tahun lepas.

Mengulas mengenai Pelan Induk Perkongsian Awam-Swasta 2030, Mohd Afzanizam berkata ia dijangka mampu mampu meningkatkan tadbir urus projek dan mempercepatkan pelaksanaan.

“Projek infrastruktur utama di bawah inisiatif ini seperti lebuh raya, kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang, bersedia untuk memacu ekonomi pembangunan serta ketersambungan.

“Inisiatif ekonomi peringkat negeri seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) di Selangor dan inisiatif Ekonomi Biru di Pantai Timur dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan utama,” katanya.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata konflik berterusan di Timur Tengah dan Ukraine berpotensi menggangu rantaian bekalan serta memberi kesan kepada sentimen pasaran kewangan.

Justeru itu, pengekalan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sepanjang 2025 dilihat antara langkah bagi mengurangkan cabaran tersebut.

Jelas beliau, pendekatan itu juga turut membantu mengecilkan jurang antara OPR dan Kadar Dana Persekutuan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.