9 JAN : Ketua tentera, Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu, hari ini.
Parlimen Lubnan memilih ketuanya, seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Laporan Reuters mendakwa pelantikan itu menunjukkan pengaruh Hezbollah yang disokong Iran semakin berkurangan selepas berperang dengan Israel.
Aoun, 60 gagal mencapai majoriti dua pertiga pada pusingan pertama pengundian daripada 128 kerusi Parlimen di mana dia hanya mendapat 71 sokongan ahli Parlimen.
Namun sokongan dilihat memihak kepada Aoun selepas calon pilihan Hezbollah, Suleiman Frangieh menarik diri daripada pencalonan dan menyatakan sokongan kepada komander tentera itu.
Mengikut Perlembagaan Lubnan, calon memerlukan sekurang-kurangnya 86 undi untuk menang dalam pusingan pertama atau 65 undi pada pusingan kedua.
Aoun yang menjadi komander tentera sejak 2017 itu mengangkat sumpah jawatan di Parlimen, hari ini.
Di Lubnan, jawatan presiden lazimnya diperuntukkan kepada penganut Kristian Maronite dalam sistem pembahagian kuasa berasaskan mazhab di Lubnan
Jawatan itu kosong sejak penggal Michel Aoun berakhir pada Oktober 2022.