nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KEMAS ada peranan pupuk jiwa, minda masyarakat desa

9 JAN : Kejayaan sebuah negara tidak diukur dengan bangunan pencakar langit, sebaliknya ia datang daripada kemakmuran komuniti dari desa.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berperanan penting dalam usaha memupuk jiwa dan minda masyarakat khususnya di desa.

Katanya, KEMAS menjadi ejen transformasi besar yang menyumbang peranan besar dalam negara.

“KEMAS komited dalam menjalankan tanggungjawab demi masyarakat desa, malah ia terus menjadi tulang belakang pembangunan negara.

“Saya melihat masa depan negara dengan melihat kemakmuran sebuah komuniti desa yang latar belakangnya adalah KEMAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Pemerkasaan KEMAS di Putrajaya, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa mengharagai usaha warga KEMAS dalam menjalankan amanah mendidik generasi akan datang.

Katanya, ia dibuktikan dengan kenaikan elaun Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) KEMAS daripada RM500 kepada RM800.

Selain itu,kerajaan turut memberi peruntukan tambahan berjumlah RM1.51 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM145.49 juta atau 9.61% berbanding tahun sebelumnya menerusi belanjawan 2025.

“Kenaikan tersebut memberi manfaat kepada 9,400 pembantu TABIKA KEMAS di seluruh negara. Ini adalah bukti jelas sokongan Kerajaan dalam menghargai usaha gigih KEMAS.

“Menerusi peruntukan tambahan itu, Program Pra Tahfiz KEMAS yang diperkenalkan menerima peruntukan khusus sebanyak RM20 juta pada tahun lalu.

“Ia merupakan langkah penting dalam kita memastikan pendidikan awal anak-anak mempunyai nilai-nilai agama dan akademik yang seimbang,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid menegaskan generasi muda tidak hanya dipupuk dengan ilmu, malah ia juga perlu berakhlak mulia dan berminda cemerlang.

“Saya mahu.. jika kita melahirkan usahawan biarlah bukan sekadar berniaga, tetapi juga dibimbing untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna.

“Jika kita ingin membentuk masyarakat biarlah ia bukan sekadar bertahan terhadap cabaran, tetapi mampu menyumbang kembali kepada kemakmuran,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata komitmen, dedikasi dan semangat yang tinggi KEMAS mampu terus menjadi pemangkin kepada transformasi masyarakat desa.

Program Pemerkasaan Masyarakat MADANI KEMAS dihadiri lebih 700 kakitangan KEMAS dari seluruh negara.

*OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.