nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kepengerusian ASEAN: Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia

9 JAN : Indonesia menyatakan hasrat membantu serta memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN, tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dinyatakan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto semasa majlis makan tengah hari secara tertutup di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Anwar, kunjungan Prabowo ke Malaysia hari ini atas dasar persahabatannya sementara kunjungan rasmi dijadualkan pada 27 Januari ini.

“Kunjungan rasmi Prabowo pada 27 Januari ini tetapi beliau rasa nak datang hari ini kerana kita sahabat lama dan kita perlu berbincang dari hati ke hati isu bersama.

“Hasrat beliau adalah untuk bekerjasama serta membantu saya dalam Kepengerusian ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi kepulangan Prabowo ke Indonesia yang menamatkan lawatan kerja sehari ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ketika makan tengahari bersama di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur pada 9 Januari 2025. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further per

Dengan tema ‘Keterangkuman dan Kelestarian’ Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun ini.

Pada 11 Oktober lalu, Laos secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane.

Malaysia pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalampertemuan tidak rasmi bersama Prabowo itu turut dibincangkan soal hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya, ia termasuk perbincangan mengenai meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan, kerjasama perbatasan serta beberapa isu berbangkit.

“Tentunya pertemuan ini lebih banyak perbincangan tidak rasmi. Kedua-dua kami berasa harus dilakukan sesuatu yang lebih untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan, kerjasama perbatasan serta menyelesaikan beberapa masalah berbangkit,” katanya.

Ini merupakan lawatan kerja pertama Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Oktober 2024.

Terdahulu, Anwar dan Prabowo tiba di Kompeks Bunga Raya, KLIA pada jam 1.10 tengah hari.

Prabowo melintasi barisan kawalan kehormatan 28 pegawai serta anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Raja Azri Syahir sebelum menaiki pesawat khas pada jam 1.20 tengah hari.

Turut hadir pada sesi kunjungan itu adalah Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata lawatan Parabowo ke Malaysia hari ini mencerminkan hubungan istimewa antara kedua-dua negara yang ditunjangi oleh kerjasama kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, sosiobudaya, pertahanan dan keselamatan.

Pada 23 Disember, Anwar dilapor memaklumkan pertemuan bersama Prabowo yang sepatutnya berlangsung pada hari itu di Pulau Langkawi, Kedah terpaksa ditangguhkan kerana Prabowo kurang sihat.

Indonesia ialah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023 dengan jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion) tahun lepas.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.