nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rasionalisasi diesel: Kerajaan jimat hingga RM7.5 bilion setahun

9 JAN : Kerajaan dijangka dapat menjimatkan sehingga RM7.5 bilion setahun dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata angka itu meningkat daripada unjuran tahun lalu.

Katanya, penjimatan sebulan ketika rasionalisasi ini dijalankan sekitar RM600 juta.

“Apabila kerajaan melancarkan (rasionalisasi subsidi diesel) pada Julai 2024, kita menjangka memperoleh penjimatan kira-kira RM4 bilion setahun.

“Ketika ini kita kesan kira-kira RM600 juta sebulan, jadi itu sepatutnya memberi kita penjimatan kira-kira RM7.2 bilion hingga RM7.5 bilion setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025, hari ini.

Menurutnya, penjimatan itu diperoleh lebih baik kerana ketirisan diesel yang berlaku lebih daripada apa yang dijangka.

“Dan (rasionalisasi itu) hanya di Semenanjung Malaysia pada ketika ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata kerajaan dapat mengurangkan ketirisan melalui pelaksanaan rasionalisasi diesel itu.

“Kita tahu bahawa daripada ketirisan itu, kita akan memasuki dua segmen utama. Pertama, daripada sektor runcit hingga sektor komersial, kedua, kita juga mengalami ketirisan besar yang melibatkan pergerakan merentas sempadan.

“Kita dapat melancarkannya kerana kita melaksanakan sistem yang sebenarnya mengurangkan risiko dari segi ketirisan, Kita capai hasil yang lebih baik kerana kita dapat mengurangkan ketirisan rentas sempadan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi kini dalam memperincikan mekanisme sebelum pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 yang dijangka dilaksanakan tahun ini.

“Kita akan melancarkan rasionalisasi subsidi RON95 menggunakan prinsip yang sama dengan harga dua peringkat…sasaran kita melindungi 85 peratus daripada penduduk agar mereka tidak terkesan dengannya.

“Pertama adalah ambang (pendapatan) manakala kedua adalah metodologi seperti apa yang kita laksanakan dalam diesel yang akan membolehkan kita menguruskannya dengan berkesan.

“Saya fikir dalam tempoh beberapa bulan akan datang, anda akan dapat melihat perkara itu dengan lebih jelas,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.