nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Makmal kajian perkasa ekosistem halal diwujudkan

10 JAN : Satu makmal kajian akan diwujudkan dalam usaha memperkasa ekosistem halal negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) yang dipengerusikannya, hari ini.

“Fokus utama mesyuarat kali ini adalah untuk merangka pembangunan industri halal secara holistik bagi jangka masa panjang dan mengkoordinasikan ekosistem halal secara lebih efektif.

“Mesyuarat bersetuju mewujudkan makmal kajian bagi melaksanakan ‘game changer’ yang telah dipersetujui dalam Bengkel Transformasi Ekosistem Halal 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook, hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Menurutnya, mesyuarat itu merupakan langkah susulan kepada dapatan daripada bengkel yang diadakan tahun lalu itu.

“Bengkel tersebut telah mengenal pasti beberapa game changer utama untuk memperkasakan industri halal negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak menggembleng usaha bagi memastikan negara ini kekal sebagai peneraju industri halal global.

“Kita perlu menggembleng usaha bersama untuk memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju industri halal global.

“Agenda halal ini bukan sahaja agenda nasional, tetapi juga tanggungjawab kita demi agama dan kesejahteraan ummah.

“Semoga usaha ini membuahkan hasil dan terus memperkasa industri halal negara. Insya-Allah,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal berkata pembangunan Taman Industri Halal Perak (HIP) di Lekir dirancang untuk menjadi hab halal yang lengkap.

“…dengan pusat pemprosesan daging, kompleks penyembelihan dan pemprosesan, pusat penyelidikan dan pembangunan daging halal, pusat pemprosesan ayam serta kilang pemprosesan makanan haiwan.

“Semoga usaha membangunkan HIP ini akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi halal di negeri ini sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri halal di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan wakil-wakil pelbagai agensi berkait pembangunan HIP itu.

“Dalam pertemuan kali ini, perbincangan memberi tumpuan kepada usaha untuk mewujudkan kilang pengeluaran gelatine halal.

“Langkah ini penting untuk menyokong pelbagai sektor seperti industri farmaseutikal bagi memastikan produk perubatan bebas daripada keraguan halal, industri makanan untuk memenuhi keperluan piawaian halal global dan industri kosmetik dengan menyediakan bahan halal untuk produk kecantikan.

*OLEH : NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.